Hari ni, aku nak kongsikan resepi lempeng paling simple dan paling senang. Suami asyik request suruh buatkan lempeng. Jomlah kita buat. 😅
Bahan-bahan
-1 cawan tepung gandum
-1 cawan air
-½ sudu kecil garam
-sedikit minyak untuk memasak
Cara-cara
1) Masukkan tepung gandum, air dan garam ke dalam bekas. Kacau sehingga sebati dan tiada ketul-ketul.
Pastikan, tepung diayak dahulu.
Campuran bahan-bahan sebelum dikacau.
Adunan selepas dikacau.
3) Letakkan sesenduk adunan tepung tadi ke dalam kuali dan ratakan nipis.
4) Jika tepi-tepi lempeng sudah terangkat dan kering sendiri, boleh lah diterbalikkan. Biar sekejap dan boleh diangkat ke dalam pinggan.
5) Ulang hingga adunan habis. Adunan ni boleh dapat 4 keping lempeng atau lebih.
Hasil lempeng aku hari ni. 😜
Boleh cicah dengan gula merah, serawa durian, sambal tumis, sambal gapruk atau sardin ke. Tapi aku tak minat sardin. 😅 Terpulang kat korang nak cicah apa pun. ðŸ¤
Lempeng cicah serawa durian.
Resepi serawa durian di sini
Selamat mencuba. 🤗






No comments:
Post a Comment