Friday, July 19, 2019

Resepi Lempeng

Hai. Assalamualaikum.

Hari ni, aku nak kongsikan resepi lempeng paling simple dan paling senang. Suami asyik request suruh buatkan lempeng. Jomlah kita buat. 😅

Bahan-bahan
-1 cawan tepung gandum
-1 cawan air
-½ sudu kecil garam
-sedikit minyak untuk memasak

Cara-cara
1) Masukkan tepung gandum, air dan garam ke dalam bekas. Kacau sehingga sebati dan tiada ketul-ketul.
Pastikan, tepung diayak dahulu. 

Campuran bahan-bahan sebelum dikacau. 

Adunan selepas dikacau. 

2) Panaskan kuali leper dan ratakan sedikit minyak pada kuali.
3) Letakkan sesenduk adunan tepung tadi ke dalam kuali dan ratakan nipis.
4) Jika tepi-tepi lempeng sudah terangkat dan kering sendiri, boleh lah diterbalikkan. Biar sekejap dan boleh diangkat ke dalam pinggan.
5) Ulang hingga adunan habis. Adunan ni boleh dapat 4 keping lempeng atau lebih.

Hasil lempeng aku hari ni. 😜

Boleh cicah dengan gula merah, serawa durian, sambal tumis, sambal gapruk atau sardin ke. Tapi aku tak minat sardin. 😅 Terpulang kat korang nak cicah apa pun. 🤭


Lempeng cicah serawa durian. 

Resepi serawa durian di sini

Selamat mencuba. 🤗

Resepi Serawa Durian

Assalamualaikum. Hi.

Tengah musim durian sekarang ni. Macam-macam menu yang menggunakan durian kita nak cuba makan kan. Salah satu menu wajib ada masa musim durian ni, mestilah serawa. Tak susah pun buat serawa ni. Aku kongsikan resepi serawa kat sini.

Bahan-bahan
-15 ulas durian
-3 sudu besar gula
-seketul gula melaka (1-2 inci)
-3 cawan air
-1 kotak kecil santan (200ml)
-½ sudu kecil garam
-2 helai daun pandan

Cara-cara
1) Masukkan durian, simpulan daun pandan, gula, air ke dalam periuk. Masak sehingga isi durian terlerai dari bijinya.



2) Tambah gula melaka dan garam. Kacau sampai gula larut. 


3) Masukkan santan dan kacau lagi sehingga mendidih.

4) Tutup api jika serawa telah sedikit pekat.

Selamat mencuba. 🤗
Boleh dimakan bersama roti, lempeng atau roti jala. 😉

Resepi lempeng di sini

Thursday, June 27, 2019

Resepi Macaroni Carbonara Cheese Paling Simple

Hai, Assalamualaikum.

Hari ni aku nak share resepi macaroni carbonara cheese paling simple tapi SEDAP. Makanan yang ramai budak-budak suka makan. Sebelum ni, ada masakkan untuk anak-anak buah yang datang melepak kat rumah aku. Sampai mintak resepi. Kalau dah mintak resepi tu, tandanya apa? Memang sedap la kan. Hihihi. 🤭

Dah meh aku share resepi nya. Buat sarapan atau minum petang memang syok. Huhu.

Resepi Macaroni Carbonara Cheese

Bahan-bahan
½ pek macaroni
1 labu bawang holland (potong dadu)
Sedikit ayam kisar
1 tin cendawan butang (potong dadu)
2@3 batang sosej (potong dadu/hiris)
1 tin sos carbonara prego
3 keping cheesedale
Sedikit lada hitam
Sedikit parsley
Sedikit gula
Sedikit garam
Minyak masak

Cara-cara
Pertama sekali, rebus dahulu macaroni. Masukkan sedikit garam ketika merebus macaroni, anggaran dalam ½ sudu kecil. Sukatan air, agak-agak je. Pastikan, semua macaroni terendam dalam air. Kalau kurang, boleh tambah. Kemudian, toskan macaroni jika sudah cukup kembang. Jangan terlalu kembang, nanti hancur pula masa nak masak.

Lepas tu, masukkan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang holland. Tumis sehingga keperangan. Kemudian, masukkan ayam kisar. Tumis sehingga ayam masak. Masukkan sosej dan cendawan butang, kacau rata.

Kemudian, masukkan sos carbonara dan tambahkan sedikit air. Kacau sebentar dan masukkan sedikit gula. Tak perlu letak garam sebab sos carbonara dah cukup masin. Masukkan juga sedikit lada hitam dan daun parsley.

Lepas tu, boleh masukkan macaroni yg telah direbus dan ditos tadi. Kacau sehingga rata. Masukkan cheese. Kacau sehingga cheese cair dan sebati. Dah boleh tutup api dan hidangkan.🤗



Selamat mencuba.

Maaf, macaroni dah nak habis, baru teringat nak amik gambar. 😂

Wednesday, February 20, 2019

Resepi Cucur Jagung Lemak Manis

Assalamualaikum. 
Selamat petang. 

Petang-petang ni kalau dapat makan cucur ke cekodok ke mesti sedap kan. Meh aku kongsikan resepi cucur jagung. Senang je buat nya. Tak susah pun. Hihi. 

Bahan-bahan
-2 tongkol jagung yang belum direbus
-2 ½ cawan tepung gandum
-2 cawan air
-½ sudu kecil garam
-4 sudu besar gula
-Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
  1. Hiris isi jagung dari batangnya, masukkan dalam bekas, kemudian masukkan tepung, garam, gula dan air. Kacau hingga sebati.
  2. Biarkan dalam 10 minit, kemudian jemput kecil adunan dan goreng di dalam minyak yang panas.
  3. Bila dah keperangan, boleh diangkat dan ditoskan.
  4. Kemudian alihkan dalam pinggan. Siap untuk dihidangkan.
Hasil adunan sebelum digoreng.

Selepas digoreng. ✌️

Santai petang. Pekena pulak dengan teh panas. 🤭😋

Selamat mencuba. 🤗

Thursday, February 7, 2019

Intro Blog Nieza Aris

Assalamualaikum..
Bismillah..

First entry untuk blog Nieza Aris.. Dulu aku pernah jadi seorang blogger sekejap, tapi blog tu aku dah delete sebab rasa blog tu macam kebudak-budakan sangat.. 🤭😅

Dengan blog baru ni, inshaAllah aku akan kongsikan benda-benda & info-info yang bermanfaat sahaja.. & juga akan kongsikan apa yang membahagiakan aku.. InshaaAllah kita kongsikan yang positif-positif je..

Blog ni diari baru untuk Nieza Aris.. Bukan seorang yang sempurna atau insan yang terlalu baik.. Tapi cuba sentiasa memperbaiki hati & sikap untuk menjadi lebih baik supaya dapat sentiasa berfikiran positif..

Resepi Lempeng

Hai. Assalamualaikum. Hari ni, aku nak kongsikan resepi lempeng paling simple dan paling senang. Suami asyik request suruh buatkan lempeng...